Friday, May 22, 2009

rakan sekerja yang sengal

al kisah psl si polan yang jadi opismate aku sejak beberapa tahun nie. si polan nie kira baru la keje kat opis aku dan rekod dia pun tak baik sbb guna kabel utk masuk ke opis tu. sblm nie dia keje kat utara tanahair dan geng2 aku cite dia kaki kipas dan suka passing keje. oleh kerana perangai dia sejak azali mcm tu maka kat opis aku pun dia buat mcm tu. nak jadi cite smlm mulalah perang besar antara aku dgn si polan tu.

nak jadi cite perang bermula sbb si polan nak pinjam duit drpd unit yg aku incharge. aku pun apa lagi mula la jadi mamat skema suh dia buat surat segala. si polan naik angin sbb sblm ni aku pun ada pinjam duit unit dia tapi dia tak mintak surat or dokumen. salah aku ke ? :) maka si polan mula ungkit segala bantuan2 yg dia buat utk aku walaupun tak byk mana banding apa yg aku bantu dia. tapi hanya tuhan aje tahu betapa keciknya hati aku bila dia buat aku mcm tu. baru aku tahu hati busuk dia selama ini.

esok program si polan tu tapi sampai skang dia takde mintak dah duit. tak tahu la dia nak bayar pakai daun pisang ke apa atau dia nak sabotaj aku ckp kat supplier supaya mintak duit kat aku. yang pasti dia akan mengadu kat bos yang jugak satu spesis dgn dia. untuk kisah selanjutnya kita tunggu isnin nanti.


nota kaki : si polan & bos kami memakai tudung dan tak tinggal solat... harap maklum